Themarksman’s Weblog

July 3, 2008

Pulau Batuan Tengah.. Middle Rock

Filed under: Pulau Batuan Tengah — themarksman @ 3:48 pm

Selepas diisytiharkan serta sah milik Malaysia, kedaulatannya menjadi lebih signifikan dengan berkibarnya Jalur Gemilang tanggal 14 Jun 2008. I was part of this historical event..

Below is excerpts from Utusan Malaysia dateline 15 June 2008.

Jalur Gemilang perkukuhkan kedaulatan Malaysia

JOHOR BAHRU 14 Jun – Kedaulatan Malaysia ke atas Batuan Tengah kini diperkukuhkan lagi dengan penempatan struktur tiang bendera Jalur Gemilang hari ini.

Jalur Gemilang yang berkibar megah itu dengan jelas sekali dapat membuktikan kedaulatan negara selain monumen Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) yang siap dibina di batuan berkenaan kelmarin.

Majlis yang cukup bersejarah bagi menaikkan Jalur Gemilang di Batu Tengah itu berlangsung pukul 11.45 pagi ini dengan disaksikan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Muhammad Hatta Ab. Aziz.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Ahmad Fauzi Nordin serta Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Che Hassan Jusoh.

Muhammad Hatta dan semua delegasi termasuk wartawan [termasuk aku laaa, bangga sehh] turut menyanyikan lagu Negaraku semasa Jalur Gemilang dinaikkan.

Muhammad Hatta berkata, pembinaan struktur tiang Jalur Gemilang di Batuan Tengah merupakan langkah kerajaan untuk mengukuhkan lagi kedaulatan dan hak negara ke atas kawasan berkenaan.

Beliau berkata, struktur berkenaan dapat melengkapi pembinaan monumen oleh pihak Jupem dan pihak kerajaan turut berhasrat untuk membina struktur lain di Batuan Tengah pada masa hadapan.

“Setelah keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyaksikan kawasan Batuan Tengah adalah milik Malaysia, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi kedaulatan kita ke atas Batuan Tengah ini,” katanya pada sidang akhbar di atas Batuan Tengah di sini

** end **

Some of us did made the trip historical to ourselves.. these are some of the photos:

I am the one holding the flag pole together with media personnel: Haikal and Ismail of Bernama; Khirul and Zul of Berita Harian; Kamil of Utusan Malaysia; Farid of The Star. In the background is Pedra Branca aka Pulau Batu Putih. [ Pix by Nooradzreen Mohd Nor – he is the one taking picture.. sorry Bob, gambar kau takder dalam ni.. hehehe…]

The trip begins at about 0900 hours with Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia – APMM boat from Stulang Laut jetty. Besar botnyaa.. ada some of us berangan ala-ala dekat Carribean, berjemur bersama model-model.. tapi sebenarnya, melecur kena panas.. the sun was phewww.. hot.. now, I can say that i am not that hot during the trip.. hahahah…

The All New Johnny Depp... hahah i wished..

Dah macam indon nak masuk Malaysia..

That is farid in his shade. That is one of his million attempts to pose. I dont know about you, but i think it works a bit, for the open sea [for the fish, for the sotong sotong, for the ketam ketam, for the penguins..] hahahah… Behind him standing is none other than me, waiting for my first encounter with The Flying Dutchman or Davy Jones or even worst Monstrous Kraken.. hahah.. me and movies.. The journey took us like 2 hours and panas panas panas.. Fortunately, APMM ada sediakan air mineral, buah limau (??) [later i got to know that is for sea sick.. hehe.. i almost sea sick..]

Bob Cuba Menzalimi Diriku.. ahaks..

Bob, Kosmo pixman, was so angry when I claimed that i resemble Johnny Depp, so this is what he did.. pushed me to the sea.. unfortunately someone took the picture half way, tak ambik pun when i was doing sommersault flipping back to the boat.. hahaha.. cerita dongeng laa ni.. ekekek..

I think this picture was taken masa kepanasan dah took away our sanity.. so, some of us, decided to jump boat. Bob was the first to jump (with a big, huge, tremendous, gigantic splash.. and im not lying to you), followed by Farid, Khirul, Haikal, Ismail, Rahman Embong, Kamil and of course there was Zul of Berita Harian that jumps to the sea. Lucky for me, i managed to be siuman and decided not to jump. Actually the deal was, everyone jumps except me cause I need to be to only survivor to make press statement to the media.. haha..

As a memory to Bob, that always be bahan buli aku (and has a big appetite for laughter).. here is a picture of him and me, kiranya macam paying tribute to him laa.. weii aku hidup lagi laa.. <– dia sms.. ekekekekeke

Horay, lepas ni kita semua boleh terjun ke laut..

p/s: tak tahu kenapa kitaorang angkat tangan macam tu.. tapi truly, masa angkat tangan tu, air laut berkocak kuat (lihat keputihan yang terhasil pada tebing batu dalam gambar tu kalau korang tak percaya).. mungkin hidupan laut tak tahan bau ketiak kitaorang kot.. ehh aku tak, aku pakai rexona beb.. Bob, bob, bob.. bob yang berbau..

Last but not least, memandangkan Jalur Gemilang dah ada di situ, we decided that we should abadikan kenangan di situ, yelah bila umur lagi nak sampai sana.. sejarah ni in the making.. so here we are, putting up a structure ala national monument..

National Monument Part One - Middle Rock versionNational Monument Part Two - Middle Rock Version

Terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara di Johor Bahru dan Putrajaya, of course to APMM team, to Jabatan Ukur dan Pemetaan. Thanks to Bob, Zul, Rahman Embong, Ismail (mana gambar tak bagi bagi lagi ni..) for the pictures..

Cheers!!

Hazri…

1 Comment »

  1. aslkum…
    i’m alif,3rd year stdnt of UPNM..
    sy kne wt thesis regrding pmbangunan batuan tengah ni,kamu leyh tlg ape2 x dlm pngumplan data rsearch sy ni? x ksahla pic,data,info etc psal mddle rock ni..pliz

    Comment by alif — September 10, 2008 @ 8:11 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: